Assalamualaikum.....

     Rasa dah lama tak berblog. Rose harap korang semua ceria disamping keluarga tercinta.
Hari ni Rose nak kongsi cerita untuk korang...Baru-baru ni Rose's Family ada buat Majlis Ulangtahun ke 3 untuk anak Rose....Nama Birthday Gurl ni Nurin Nabihah....Perancangan asal nak buat bacaan Yassin dan Doa Selamat, tapi Ketua Yassin Wanita kat tempat Rose ada urusan pulak...almaklum ler time tu terkena banyak jemputan Walimatul Urus pulak...Rose dan suami pulak free time tu ajer...Oleh kerana nak juga celebrate so, keputusannyer kita orang just panggil adik beradik dan pengasuh anak-anak jer ler....Time ni pun Rose just buat simple-simple jer....That means mana-mana kengkawan Rose, Kengkawan suami dan Saudara mara yang lain tak dijemput harap jangan ler ambik hati yer....

    Rose ni memang suka tengok anak-anak berkumpul....time macam ni jer lah dapat kumpul adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara semua...kalau tak, entah bila nak chat sama-sama. Tapi masa ni yang paling happy semestinyer anak-anak sedaraku...terasa seronoknyer zaman kanak-kanak kan?....tapi tak per lah....dulu kiter pun dah jadi kanak-kanak so mintak sedar diri k...hihihihi.

Tarikh lahir anak Rose ni 8 Mei 2009 tapi kita orang celebrate ulangtahun ke 3 nyer pada 13 Mei 2012 almaklum  la yer...8 mei tu hari bekerja so yang sesuai 13 mei....kalau korang tak percaya pegi tengok kalendar masing-masing..Tarikh 13 Mei tu jatuh pada hari Ahad dan kenalah pulak Hari Ibu dan paling tak lupa tarikh tu merupakan Birthday pada Arwah Abah Rose...sedekahkan ler Al Fatihah buat arwah abah semoga abah sentiasa disamping orang-orang yang beriman. Untuk anak saudara Rose bernama "Fatin Farhanah Selamat Hari Lahir" juga, birthday dia pun sama ngan anak Rose. Senang cerita 8 Mei ada dua Birthday Gurl....

 - Happy Birthday Sayang Nurin Nabihah -

 -Saya lah Cahaya Yang Cerdik -
    Oleh kerana masa celebrate kena pulak Hari Ibu....Rose ambil peluang buat sebiji kek buat semua ibu-ibu yang hadir masa tuh....Lagi ler Rose happy sebab Rose berpeluang jugak potong kek....yum..yum...yum....Untuk Birthday Gurl Rose tempah KEK INDULGENCE manakala untuk ibu-ibu sekalian Rose buat KEK OREO CHEESE.
 - Kek Indulgence - Kek Oreo Cheese - Pulut Kuning -

- Terima Kasih kepada Ahli Keluarga yang hadir. -
 
  Selesai pun celebrate Birthday Gurl ni....Anyway thanks bagi semua yang hadir dan bagi present untuk "Cahaya Yang Cerdik" ni....

Okey....semua pun dah selesai....buat saudara mara keluarga Rose dan suami  dan semua kengkawan maaf ler tak jemput korang kat birthday gurl anak Rose, majlis pun just simple-simple ajer....InsyaAllah, bila ada kelapangan Rose akan adakan Majlis lagi dan akan jemput korang semua.

- tata -
 

No comments: