Assalamualaikum....

Apa khabar kengkawan.....Rose harap korang semua sihat sejahtera disamping yang tersayang...Rasanyer macam dah lama tak update blog ni.....Al Maklum cuti sekolah blog pun bercuti jugak yer...hehehhehe....
Minggu ke-2 cuti sekolah baru-baru ni Rose dan suami ambik cuti konon-kononnya nak gi Rawang jumper kekasih lama...Ops!!!! bukan kekasih lama tapi kawan lama yang merangkap BFF Rose...kiter hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya....Atas sebab-sebab tertentu tak dapat nak gi Rawang....Oleh kerana Rose dah cuti so kita orang decide untuk hantar kereta gi Polish....yer la korang ingat Rose jer yang nak g Facial,  kereta pun nak jugak facial...hehehehe...
Kami sampai kat tempat polish tu awal jam 12.30tgh....mengikut pengalaman Mr. Lovely kalau nak polish ambil masa 3 jam.....so kalau buat kek kompom dah masak siap boleh makan lagi...sampai tempat cuci dah ader kereta yang tengah di polish dan ada sebuah lagi kereta sedang menunggu...disingkatkan cerita so better kiter gi jalan-jalan dulu kan....tak bazirkan masa....kena pulak tengah lapo ni....so destinasi seterusnya yang paling dekat tu  KSL City Mall...
Jalan punyer jalan terpikir nak makan aper erk....ha....ni yg nak cerita....kita orang telah memilih untuk makan SUBWAY.....
SUBWAY
  
Antara Pilihan Sayuran dan Sos

Oleh kerana 1st time makan subway so Rose  memang agak binggung...apa yang nak di makan...Subway ni SEDAP, BERKHASIAT dan Mengenyangkan itu yang pastinyer. Kata anak Rose "Ibu suker ar makan ni sesuai untuk diet"....Rose hanya mampu tersenyum....anak-anak sekarang pandai betul....tapi korang memang patut cuba makan SUBWAY ni...sedap sangat....RM26.30 untuk  dua orang makan...berbaloi....kalau tgk rotinyer macam tak percaya boleh habis....tapi hari tuh memang habis....sampai sendawa pun bau sos nyer.

okey jumpa lagi di next story k.


- tata -
Assalamualaikum.....

     Rasa dah lama tak berblog. Rose harap korang semua ceria disamping keluarga tercinta.
Hari ni Rose nak kongsi cerita untuk korang...Baru-baru ni Rose's Family ada buat Majlis Ulangtahun ke 3 untuk anak Rose....Nama Birthday Gurl ni Nurin Nabihah....Perancangan asal nak buat bacaan Yassin dan Doa Selamat, tapi Ketua Yassin Wanita kat tempat Rose ada urusan pulak...almaklum ler time tu terkena banyak jemputan Walimatul Urus pulak...Rose dan suami pulak free time tu ajer...Oleh kerana nak juga celebrate so, keputusannyer kita orang just panggil adik beradik dan pengasuh anak-anak jer ler....Time ni pun Rose just buat simple-simple jer....That means mana-mana kengkawan Rose, Kengkawan suami dan Saudara mara yang lain tak dijemput harap jangan ler ambik hati yer....

    Rose ni memang suka tengok anak-anak berkumpul....time macam ni jer lah dapat kumpul adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara semua...kalau tak, entah bila nak chat sama-sama. Tapi masa ni yang paling happy semestinyer anak-anak sedaraku...terasa seronoknyer zaman kanak-kanak kan?....tapi tak per lah....dulu kiter pun dah jadi kanak-kanak so mintak sedar diri k...hihihihi.

Tarikh lahir anak Rose ni 8 Mei 2009 tapi kita orang celebrate ulangtahun ke 3 nyer pada 13 Mei 2012 almaklum  la yer...8 mei tu hari bekerja so yang sesuai 13 mei....kalau korang tak percaya pegi tengok kalendar masing-masing..Tarikh 13 Mei tu jatuh pada hari Ahad dan kenalah pulak Hari Ibu dan paling tak lupa tarikh tu merupakan Birthday pada Arwah Abah Rose...sedekahkan ler Al Fatihah buat arwah abah semoga abah sentiasa disamping orang-orang yang beriman. Untuk anak saudara Rose bernama "Fatin Farhanah Selamat Hari Lahir" juga, birthday dia pun sama ngan anak Rose. Senang cerita 8 Mei ada dua Birthday Gurl....

 - Happy Birthday Sayang Nurin Nabihah -

 -Saya lah Cahaya Yang Cerdik -
    Oleh kerana masa celebrate kena pulak Hari Ibu....Rose ambil peluang buat sebiji kek buat semua ibu-ibu yang hadir masa tuh....Lagi ler Rose happy sebab Rose berpeluang jugak potong kek....yum..yum...yum....Untuk Birthday Gurl Rose tempah KEK INDULGENCE manakala untuk ibu-ibu sekalian Rose buat KEK OREO CHEESE.
 - Kek Indulgence - Kek Oreo Cheese - Pulut Kuning -

- Terima Kasih kepada Ahli Keluarga yang hadir. -
 
  Selesai pun celebrate Birthday Gurl ni....Anyway thanks bagi semua yang hadir dan bagi present untuk "Cahaya Yang Cerdik" ni....

Okey....semua pun dah selesai....buat saudara mara keluarga Rose dan suami  dan semua kengkawan maaf ler tak jemput korang kat birthday gurl anak Rose, majlis pun just simple-simple ajer....InsyaAllah, bila ada kelapangan Rose akan adakan Majlis lagi dan akan jemput korang semua.

- tata -
 

Apam Yogurt

Salam Sayang Buat Semua,,,
Hari ni Rose nak share apa yang dah di buat pada hujung minggu yang lepas....Macam biasa Rose suka main dengan tepung gandum, telur, mentega dan gula kastor.
Kali ni Rose bercadang nak cuba buat Apam Yogurt resepi dari Kak Ita....Tengok resepi macam senang. Dan ni 1st time Rose buat apam, even apam polka dot pun Rose tak pernah buat lagi.
Pada mulanya Rose takut lak Apam tak jadi sebab takut tak seperti dalam gambar asal. Pastu, resepi ni ada pulak masukkan yogurt sedangkan Rose tak berapa nak telan yogurt ni. Tapi Rose kena jugak ikut macam mana dalam resepi tu...just kurangkan sedikit jer yogurt tuh.


Akhirnya.....berjaya jugak Apam Yogurt Secret Rose....Macam tak percaya Rose boleh buat Apam...hehehehe. satu peningkatan dalam menyediakan kuih muih....Masa yang diambil untuk siapkan apam ni pun sekejap jer.....1 Jam dah siap terus boleh dimakan....yang kelakarnya, keluar saja dari tempat kukus hilang sebiji demi sebiji....rupanya si cilik Nurin Nabihah memang menyukai Apam Yogurt SR. Okey....cerita hujung minggu lepas dah kongsi bersama.....Lepas ni Rose nak buat apa pulak erk?....Akan difikirkan.....jeng..jeng..jeng.....

CupCakes

Salam Sayang semua....
Petang yang agak panas diluar sana. rasa malas pulak nak keluar berjalan-jalan....Ishh....Rose ni macam puteri lilin la....
Apa pun Rose nak kongsi cerita sepanjang buat cupcakes kat rumah mak....Pagi-pagi lagi Rose nak siapkan semua keperluan nak buat cupcakes....Memang cabaran bila buat kat rumah mak, sebabnya kalau kat rumah Rose senang sikit nak membongkar dapur....nak tak nak kena teruskan niat untuk buat cupcakes. Untuk pengetahuan korang, ni ler 1st time Rose buat leh salah adunan pulak.
Nak dijadikan cerita, Rose telah gagal untuk percubaan pertama ni kat rumah mak, silapnyer , Rose pukul telur tak cukup kembang...terbuang ler 3 biji telur.....Orang kata, nak buat sebarang kek kena banyak sabar...So, Rose pegang sifat "sabar" tu...Akhirnya berjaya jugak Rose buat CupCakes Rainbow....Rose dapat resepi ni dari sorang Kakak yang baik hati.....Sapa lagi kalau bukan Kak Ita. Masa buat cupcakes ni pulak, Rose tak guna oven tau....tapi adik Rose dah sediakan Alat Pembakar CupCakes.....Bagus jugak....2 - 5 Minit cupcakes dah siap bakar...mudah sangat....Terima Kasih ler kat adik yang bagi pinjam Pembakar CupCakes tuh....klu rasa tak der masa nak buat CupCakes, meh sini Rose gunakan sebaik mungkin....sajer jer....


Bila semua dah siap bakar, tiba masa nak mendeko CupCakes. Time ni ramai pulak anak-anak sedara termasuk si cilik ni nak tolong mendeko.....nak dihalang kang menangis pulak...so meh ler tolong deko biar cepat sikit siap...sebab tau korang semua tak sabar nak makan kan?. Bila dah siap semuanya...ini ler hasil 3 jam  menyediakan CUPCAKES RAINBOW.

-TATA-

Mandi Kolam

Salam Ceria semua...
Hujung minggu baru-baru ni...Rose balik ke rumah mak kat Pontian. Macam biasa, sebagai anak selagi ibu bapa masih hidup ni ler bagusnya gi melawat....tapi yang ada di kg hanya mak sorang jer...untungnya ada Abang-abang dan adik perempuan sorang tu yang tinggal berdekatan dengan mak....Terima kasih jugak pada Mr. Lovely yang memahami perasaan Rose.
Kali ni balik best dan seronok...adik Rose ada kolam mandi yang menarik untuk si kecil bermain....teruja tengok anak-anak kecil ni...terasa nak join puloksss.
Macam biasa bila sepupu-sepupu si kecil ini berjumpa..ada ler yang nak bergaduh dan bermain dengan ceria. Mak Rose ler yang paling HAPPY bila cucu-cucu berkumpul....Hakikatnya kami sekeluarga memang suka berkumpul ramai-ramai...Bila lah dapat buat 'Family Gathering' ...Apa pun bila collection dah cukup tempatnya akan ditentukan nanti.

-Anak-anak seronok mandi kolam milik Safiah Yusra-

-Bila lah turn kami pulak...sabar menunggu-

-Best ar mandi dalam kolam ni-
Hampir 1 jam sikecil ini Rose tinggalkan biar dia orang mandi manda kat kolam baru sambil diperhatikan oleh Mr. Lovely....Tapi napa Rose tak pantau sekali erk?.....
Nak tau kenapa?....masa anak-anak ni sibuk mandi manda...Rose kat dalam tengah prepare nak buat CupCakes....Nak tau cerita sepanjang buat CupCakes tak?...Tunggu Episod Akan Datang yer....hihihihi.

Okeyssss....Time to go...

-TATA-

JOM MAKAN!

Assalamualaikum...
hai kengkawan....lama tak post kat blog ni...sori ler...Rose sibuk ngan urusan kerja dan Family....
Hari ni nak kongsi citer bab MAKAN....Korang nak tau tak....Rose memang suka makan STEAMBOAT...
Baru-baru ni Rose ada tanyer Mr. Lovely teringin sangat nak rasa Steamboat kat Mutiara Rini...
Bila Mr. Lovely kata ok ajer...Rose pun terus call Abg Fuad yang pernah makan kat sana...Bila semua pun ok...perasaan macam malas jer nak masak so balik dari kerja terus ambik anak kat rumah pengasuh then bersiap terus ke STEAMBOAT kat Mutiara Rini...
Tiba kat sana jer Abg Fuad dah booking meja untuk kita orang sekali..Mula-mula sampai mcm tak tau nak makan apa..just follow jer apa yang abg fuad ambik...
1/2 jam kemudian baru ler Rose rasa nak makan semua yang ada kat sana...korang tau tak kenapa?....Sebab bayaran nak makan untuk Dewasa RM18 secara buffet so bila dah price macam tu kiter kena lah rasa semua...korang tau tak kat sana bukan ajer ada steamboat tapi grill pun ada...memang sedap..daging black pepper dia fuhh! terasa betul sedapnya....kat sana ada disediakan pencuci mulut macam aiskrim,jelly,tembikai dan macam-macam...secara keseluruhannya sedap ar....makan kat sana memang tak ingat nak berhenti....tapi bila dah kenyang better berhenti makan....kiter orang kat sana hampir 2 jam ar...masa untuk beredar....sampai kat rumah jer Rose, Mr. Lovely ngan anak-anak  terus masuk tido...InsyaAllah, Rose's Family akan datang  lagi kat restoran ni nanti....hihihi....


Okeysss...kengkawan yang minat makan steamboat boleh ler datang makan kat sini k....

-tata-

Akhirnya.....

Assalamualaikum...

Kengkawan aper cter?...Sihat Ker?...Lama Rose tak post something kat Blog...
Sebenarnya BBand yang biasa diguna modemnyer dah ROSAK!!!!....
Mr. Lovely pun tgh boring tak dpt nak tgk FB dan nak upload gambo pengantin yang dia ambil...
Ermmmm....lama bertahan cukup utk 3 hari jer....
AKHIRNYA......kami sepakat untuk guna streamyx.....Lepas ni rajin2 ler Rose update blog... tp semua bergantung pada masa....bila ada masa free ler....
Tunggu k....Ros tak leh cter panjang ni just ambik masa sikit tumpang internet org...hihihihhi.